fbpx

Buat Buttermilk Chicken Guna Ayam Goreng KFC? Sedap ke?

iCookAsia

Anda semua pasti suka makan Ayam Goreng KFC kan? Lagi-lagi yang spicy tu..sedapnya! Tapi boleh ke kalau kita nak masak style Buttermilk Chicken guna Ayam Goreng KFC ni?

Kalau nak tahu, kenalah tengok video ni sampai habis 🙂

Bahan-bahan:
2 sudu besar butter
3 Ulas Bawang putih
3 biji cili padi
1 tin susu cair
2 tangkai Daun kari
Garam secukupnya
2 pcs Cheese
Ayam goreng KFC

Cara membuat:
1. Panaskan butter. Kemudian, tumis bawang putih dan cili padi.
2. Tuangkan susu cair ke dalam kuali dan masukkan daun kari.
3. Kemudian, masukkan garam secukupnya. (Boleh masukkan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa).
4. Untuk buttermilk lagi berlemak, tambahkan cheese 2 keping.
4. Akhir sekali, Ayam Goreng KFC. Gaul rata dan tunggu hingga kuah buttermilk sedikit pekat.

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x