fbpx

Buat Biskut Raya Swiss Tart Strawberry. Senang Je, Yang Bujang Pun Boleh Buat.

iCookAsia

Sudah masuk separuh akhir bulan Ramadan, lagi banyaklah order untuk Biskut Raya masuk. Kalau terlambat, memang tak beraya bersama Kuih Raya lah anda. Yang bujang, duduk sorang di rumah atau bersama kawan-kawan tetapi jauh bersama ibu bapa pun jangan terlambat. 

Tetapi, kalau terlambat juga jangan risau. Disini Admin kongsikan resepi Biskut Raya yang sangat mudah dan sedap. Yang penting, orang bujang pun boleh buat. Maksudnya, memang betul mudah la kan resepi ni?

Terima kasih Nur Syaidatul Fazreen untuk perkongsian resipi Biskut Swiss Tart Strawberry ini 🙂

Bahan-bahan:

Buttercup 1 cawan

Gula icing 1/2 cawan

Esen vanilla 1 sudu teh

Choc rice ½ cup

Cornflakes ½ cup (dikisar halus) 

Tepung gandum 1- ½ cawan

Tepung jagung 1- 1/2 cawan

Filling strawberry secukupnya

Cara membuat:

  1. Gaul manja buttercup, gula icing dan esen vanilla. 
  2. Kemudian, masukan cornflakes, tepung jagung dan tepung gandum.  
  3. Akhir sekali, masukan choc rice.  Bentukan dan letak filling strawberry di tengah.   
  4. Bakar selama 20 minit pada suhu 170°. Ikut oven masing-masing.

Tips:

  1. Bahan kering perlu di ayak untuk biskut yangg menggunakan nozzle. 
  2. Boleh tukar filling sesuka hati seperti, Kiwi, Anggur, coklat dan sebagainya. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Syaidatul Fazreen (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x