fbpx

Buat Biskut Florentine Ini Sendiri Lagi Best Dan Jimat. Sedap Dan Crunchy Bila Dimakan

iCookAsia

Siapa di sini yang suka makan Biskut Florentine? Kalau beli, harganya pun boleh tahan kan, apa kata ada semua buat sendiri sahaja, sangat jimat dan boleh dapat banyak. Nak buat kudapan moreh atau dijadikan biskut raya pun sangat sesuai.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Azira Ibrahim perkongsian resipi Biskut Florentine ini 🙂

Bahan-bahan:

500 g tepung florentine

500 g almond flakes

200 g biji bunga matahari

200 g biji labu

20 g bijan hitam

20 g bijan putih (optional)

Paper cup base 5 cm (muffin cup) secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bakar kekacang pada suhu 160 c dalam tempoh 5 minit. Sejukkan.
  2. Kemudian, campurkan semua kekacang di dalam bekas.
  3. Masukkan tepung florentine dan gaul sehingga sebati.
  4. Seterusnya, sudukan 1 sudu kecil bahan ke dalam paper cup hanya untuk sekadar menutup dasar paper cup.
  5. Bakar pada suhu 160 c selama 10  minit.
  6. Akhir sekali, sejukkan, biskut akan boleh ditanggalkan dengan mudah dari paper cup. Paper cup boleh diulang-ulang pakai untuk membakar semua adunan tadi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar:Azira Ibrahim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x