Ada yang teringin nak buat hidangan bakar seperti BBQ pada malam hari bersama keluarga tetapi tiada set peralatan BBQ? Jom Admin kongsikan cara mudah iaitu dengan menggunakan perkakas dapur Air Fryer. Memang senang, boleh masukkan 1 ekor ayam terus. Jom buat!
Terima kasih Hilmi Jailani untuk perkongsian resipi Ayam Bakar ini 🙂
Bahan-bahan utama:
1/2 Ekor Ayam
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam Kimball
1 1/2 sudu besar madu
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil cili boh
1 sudu kecil minyak
Garam secukup rasa
Cara membuat:
- Blend bawang putih dan bawang merah sampai lumat.
- Gaul bawang yang siap blend tadi bersama kesemua bahan-bahan lain.Â
- Sekarang sudah siap bahan perapan kita.
- Ambil ayam yang dah siap dibasuh dan lumur campuran tadi sampai rata.
- Perap paling kurang 1/2 jam untuk bagi dia meresap elok. Lagi lama lagi sedap rasa dia.Â
- Bakar ayam tadi dalam Air Fryer dengan setting 160 degree celcius dan masa 23-25 minit mengikut saiz ayam. Tetapan ni buatkan ayam garing di luar tapi dalam tetap masak elok.
*Ayam ni sedap makan ratah gitu sahaja atau boleh juga regu dengan nasi goreng.
Nota: Setting Air Fryer tadi untuk jenis Philips.
*Waktu perap, nak selit ubi kentang atau brokoli kat tepi sekali pun boleh. Nanti bakar sekali.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hilmi Jailani (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos