fbpx

Buat Apam Nasi Guna Eno, Pasti Menjadi. Hasil Cantik, Rasa Sayang Je Nak Makan.

iCookAsia

Resepi Kuih Apam ni memang senang sangat. Antara resepi yang anti-gagal. Tapi pernahkan anda cuba buat Apam Nasi dengan menggunakan Eno? Nak tahu apa rasanya, jom cuba buat!

Terima kasih Nawar Azhar untuk perkongsian resipi Apam Beras Eno ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan nasi sejuk

2 cawan tepung beras

1 1/4 cawan air

3/4 cawan gula

1 sudu kecil yis mauripan

1 peket eno (biru)

Pewarna yang di sukai

Kelapa parut putih (dikukus dengan sedikit garam selama 5 minit)

Acuan bunga oles dengan minyak

Cara membuat:

  1. Blender nasi dengan air sehingga halus dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, gula dengan yis dam gaul rata.
  3. Masukkan bahan yang di kisar tadi dan gaul sebati. Tutup dan perap selama 3-4 jam.
  4. Selepas perap, masukkan eno gaul merata dan biarkan sebentar.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna.
  6. Tuang adunan berselang seli warna ke dalam acuan. Buat sampai adunan habis.
  7. Apabila air kukusan dah mendidih, kukus selama 10-15 minit dengan api sedang besar.
  8. Bila apam dah masak bolehlah di hidangkan dengan kelapa parut yang telah di kukus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nawar Azhar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x