Resipi perkongsian Fauzilahton Zie ini cukup mudah untuk dibuat di rumah. Jelasnya lebihan nasi hanya perlu dikisar dan terus dikukus. Malah untuk menghasilkan apa yang gebu dan ringan, gunakan acuan kecil.
Bahan :
2 cawan Nasi
2 cawan Tepung gandum
2 cawan Tepung beras
1 1/2 cawan Gula
2 1/2 cawan Air
1 paket Mauripan
Cara :
- Campurkan nasi, gula, mauripan dan air, kemudian kisar. Masukkan ke dalam bekas.
- Masukkan tepung beras dan tepung gandum dalam bahan kisar tadi dan gaul sebati.
- Selepas itu perap adunan selama sejam dan tuangkan ke dalam acuan.
- Panaskan pengukus dan kukus adunan menggunakan api besar selama 10 minit. Jangan lupa tutup tudung pengukus dengan kain supaya air tidak jatuh ke adunan.
- Nikmati dengan kelapa parut.
Kredit resipi & foto : Fauzilahton Zie
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/