fbpx

Buat Agar-Agar Buah Pada Musim Panas Ini. Sejuk Je Tekak. Anak-Anak Mesti Suka.

iCookAsia

Cuaca dah beralih pada panas kan sekarang? Selain kita dapatkan aiskrim, air yang berais, apa kata kita cuba buat agar-agar buah sebagai penyejuk tekak. Buah boleh ikut kegemaran anda. Buat resipi ini bersama anak-anak pun best. Ada lah juga aktiviti bersama mereka pada musim PKP ni kan. 

Terima kasih Miz’s Shaliza untuk perkongsian resipi Agar-agar Buah ini 🙂

Bahan-bahan:

10 gm serbuk agar-agar (clear)

200 gm gula pasir halus (resepi asal 250gm)

Air 1 liter

Buah strawberi (potong dadu)

Buah kiwi (potong dadu)

Buah manga (potong dadu) 

Cara membuat:

  1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar. Kacau hingga larut.
  2. Masak sampai mendidih dan kemudian tutup api.
  3. Tuang dalam acuan yang dah berisi buah.
  4. Simpan dalam peti sejuk baru keluarkan dari acuan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Miz’s Shaliza (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x