Mesti ramai yang teringin nak makan Subway kan? Jangan risau, Admin nak share satu resepi yang sangat mudah untuk anda semua cuba. Boleh la feeling makan Subway Homemade di rumah atau buat makan waktu petang.
Nak letak filling banyak-banyak pun boleh. Jom kita try.
Terima kasih untuk Nazvin Nasrudin perkongsian resipi Roti Oregano ini 🙂
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung atau susu pekat
1 sudu kecil yis mauripan
1 cawan air sejuk
Oregano (ikut suka)
Cara membuat:
- Pertama sekali, masukkan kesemua bahan kering.
- Seterusnya, masukkan air sejuk dan adun sehingga menjadi doh.
- Kemudian, bentukkan doh panjang-panjang.
- Rehatkan doh tersebut selama setengah jam.
- Akhir sekali, bakar selama 20 hingga 30 minit sehingga roti berwarna keperangan.
Kalau nak guna bread maker pun boleh, lagi mudah. Untuk bahan filling, boleh letak sosej kebab ayam dan sayur-sayuran. Nak letak mengikut cita rasa sendiri pun boleh.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nazvin Nasrudin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity