fbpx

Boleh Cuba Resepi Pes Ikan Bakar Ni, Senang Dan Dijamin Sedap!

iCookAsia

Memang sedap kalau dapat makan Ikan Bakar, apatah lagi dibakar atas daun pisang. Wangi dia memang menambahkan selera makan. Kalau anda nak tahu, Ikan Bakar akan menghasilkan rasa yang luar biasa jika pes yang digunakan pun sedap dan cukup rasa.

Confirm tak pandang dah lauk lain. Jom kita cuba.

Terima kasih Nasya Mas untuk perkongsian resipi Pes Ikan Bakar ini 🙂

Bahan-Bahan:

Pes Ikan Bakar

Bahan A (Untuk Dikisar):

Cili kering

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Lengkuas

Serai

Kunyit hidup

Bahan B:

Sedikit air untuk blend

Sedikit minyak untuk menumis

Gula merah (lebihkan sedikit)

(nak ganti dengan madu pun boleh)

Garam

Santan pekat

Bahan C:

Daun pisang untuk alas atau balut

Daun limau atau daun kunyit untuk tabur

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, blend kan ke semua bahan A dengan sedikit air dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga masak sempurna.
  2. Tambahkan santan, gula, garam dan masak sampai pekat. Adjust rasa sesuai dengan selera masing-masing. Boleh lebihkan sedikit sahaja untuk rasa manis pes tersebut.
  3. Lumur & perap dulu ikan dengan pes. Pastikan untuk guna pes secukupnya. Yang selebihnya boleh disimpan dalam freezer.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 230/30 m api atas bawah dan 10m api atas. Suhu mengikut oven masing-masing.

Makan dengan nasi panas memang sedap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nasya Mas(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x