Sedapnya kalau dapat makan Lala Masak Pedas kan? Apatah lagi digandingkan sekali dengan nasi panas. Kalau anda nak buat resepi tapi menggunakan kerang atau etok pun boleh. Rasanya masih sama dan lazat.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Jaja Nawi perkongsian resipi Lala Masak Pedas ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 kg lala atau kerang atau etok
Bahan B:
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Halia sikit
Lada kering (rendam air panas atau rebus )
5 tangkai Cili api nak pedas lagi lebihkan
Cara membuat:
- Mula-mula, blend kan kesemua bahan b di atas dan tumis.
- Masukkan serai sekali tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan gula , secukup rasa. Tidak perlu letak sbb lala air dia sudah masin.
- Kacau sekejap dan masukkan lala beserta daun limau purut.
- Biarkan sekejap bagi masak lala tersebut dan terbuka. Rasa dahulu kalau kurang masin tambah garam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Jaja Nawi(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity