Mesti kadang-kadang rasa buntu nak makan apa untuk waktu petang kan. Nak sesuatu yang lembut, manis dan tidak terlalu heavy. Apa kata cuba resepi Churros ini. Sangat sedap dan ianya masih dijual sehingga sekarang bermakna memang best tau.
Lagi best kalau buat sendiri je. Jom kita try.
Terima kasih Shima Uci untuk perkongsian resipi Churros ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 biji telur
Secubit garam
Esen vanilla
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masak air, gula, mentega, garam sampai larut. Masuk tepung dan terus gaul sampai jadi macam doh dengan menggunakan api slow. Matikan api.
- Biarkan doh tadi selama seminit (jangan sampai sejuk). Masukan telur dan esen vanilla dalam doh dan putar dengan mixer atau whisk sehingga sebati.
- Seterusnya, boleh guna acuan semperit dan piping bag plastic untuk senang. Piping dalam minyak yang telah panas guna api sederhana.
- Goreng sampai kekuningan dan angkat. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shima Uci(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos