Mesti ramai yang suka makan Nasi Ayam Penyet kan? Hari ini, Admin nak kongsikan satu resepi Ayam Penyet yang sedap tau. Dengan sambal nya yang memang kena dengan ayam yang garing. Lagi nikmat nak makan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nurul Fairuz perkongsian resipi ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Kisar):
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
3 batang serai (Kalau serai besar, boleh guna dua sahaja)
Bawang putih
Bawang merah
Kisarkan bahan di atas
Bahan B:
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil biji ketumbar
Tumbuk kasar bahan di atas
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan ayam, bahan yang dikisar, bahan tumbuk, bay leaf, garam dan kiub ayam dalam periuk kemudian rebus.
- Kemudian, angkat ayam itu dan rebus pula tofu dan tempe. Angkat.
- Air rebusan tadi biarkan sejuk terlebih dahulu. Kemudian, baru masukkan tepung beras. Dalam secawan sahaja. Pastikan ia cair sahaja tau. Untuk celupan tofu, tempe dan ayam.
- Seterusnya, semua ayam, tofu dan tempe tersebut dicelup dalam bancuhan tepung tadi dan gorengkan. Kalau ayam jangan lama, sebab ia sudah masak, hanya sekadar untuk bagi garing sahaja.
Bahan C (Sambal Ayam Penyet):
4 biji tomato
Cili padi segenggam
4 biji cili merah
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Ikan bilis (Optional)
Cara membuat:
- Mula-mula, goreng semua bahan di atas dan kisar kasar.
- Seterusnya, tumis semula macam sambal tumis tersebut. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurul Fairuz(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity