Mesti ramai yang suka makan Bubur di McDonald kan? Apa kata anda cuba buat sendiri pula. Mudah sahaja nak buat dan yang penting, rasa nya yang sedap membuatkan rasa nak tambah lagi. Nak buat untuk sarapan atau makan malam pun boleh.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Azwa Muhammad perkongsian resipi Bubur Ayam Ala Mcd ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan beras (cuci dan toskan)
5 cawan air
Halia (hiris)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
1 kiub ayam
3 sudu minyak masak
Garam atau perasa
Cara membuat:
- Mula-mula, masakkan beras macam biasa atas api. Kacau sampai lembik. Kalau kurang, tambahkan air sampai menjadi lembik.
- Kemudian, panaskan kuali dan masukkan minyak.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia . Masakkan sampai betul-betul garing.
- Kemudian, tuangkan bahan yang digoreng tadi dalam periuk bubur.
- Masukkan ayam dan kiub pati ayam serta kacau sampai masak serta masukkan perasa.
- Akhir sekali, tutup api. Letak bubur dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azwa Muhammad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity