Pernah makan Sambal Ikan Bilis? Rasa crunchy ikan bilis tu menjadikan hidangan tersebut lagi nikmat nak makan. Bukan itu sahaja, resepi kali ini ialah sambal ikan bilis tumbuk bunga kantan tau, confirm bertambah makan. Lagi sedap jadinya.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ana Farhana perkongsian resipi Sambal Ikan Bilis ini ๐
Bahan-bahan:
1 1/2 genggam ikan bilisย (dibersihkan)
2 senduk bawang kisar
3 sudu besar cili boh
1 batang bunga kantan saiz besar (hiris nipis)
5 biji cili padi (hiris nipis)
Minyak
Garam dan gula
Cara membuat:
- Mula-mula, gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
- Kemudian, tumbuk kasar ikan bilis. Jangan sampai hancur.
- Dalam minyak bekas goreng ikan bilis tadi, tumis bawang besar dan cili boh sampai pecah minyak.
- Apabila bahan tumisan sudah pecah minyak, tambah bunga kantan.
- Boleh tambah cili padi kalau nak lagi pedas.
- Tumis lagi sambal sampai nampak sedikit garing. Perasakan dengan gula dan garam. Pastikanย selalu kacau, bimbang cepat hangit.
- Seterusnya, apabila sambal sudah nampak merah dan memekat, matikan api. Biarkan menyejuk.
- Akhir sekali, tambah ikan bilis tumbuk tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐
Kredit resipi dan gambar: Ana Farhana(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity