Nak makan hidangan yang simple tapi sedap, boleh cuba Ikan Kerapu Masak Stim ini. Nak guna ikan lain pun boleh juga. Hidangkan pula dengan nasi panas, lagi sedap rasanya. Tak cukup satu pinggan nasi sahaja.
Jom try.
Terima kasih Imanja Zaida untuk perkongsian resipi Ikan Kerapu Masak Stim ini 🙂
Bahan-bahan:
Apa-apa ikan yang anda suka
Boleh stim atau rebus kosong
Air rebusan ikan jangan dibuang
10 biji bawang putih
5 biji bawang merah kecil atau 1 biji bawang holland
Air limau
Kicap sotong
Gula
Garam
Cili padi
Daun ketumbar
Cara membuat:
- Mula-mula, cincangkan kesemua bahan.
- Kemudian, leburkan ke dalam kuali.
- Masak sehingga ia mendidih. Pastikan masak sekejap sahaja supaya tidak layu.
- Akhir sekali, tuangkan ke atas ikan. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Imanja Zaida(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity