fbpx

Boleh Buat Sendiri Je Durian Goreng Ni Di Rumah, Yang Penting Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Siapa yang masih ada banyak durian di rumah tapi tak tahu dah nak buat hidangan apa? Apa kata try resepi Durian Goreng ni. Memang terasa lemak durian tu ditambah pula makan bersama air kopi. Memang tak cukup.

Apa lagi? Jom Admin share.

Terima kasih Ina Izdanys untuk perkongsian resipi Durian Goreng ini 🙂

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

3 sudu gula

1 sudu kecil garam (Bersaiz sudu kfc)

1 sudu serbuk penaik

3 cawan isi durian

Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, campurkan semua bahan kecuali isi durian dan air.
  2. Kemudian, adukkan kesemuanya sehingga sebati.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dalam adunan tadi. Pastikan jangan terlalu cair atau keras   sangat.
  4. Seterusnya, baru masukkan isi durian dan kacau sehingga sebati.
  5. Tunggu selama 10 minit dan boleh goreng seperti biasa.

Makan panas-panas sangat sedap tau. Memang elok kejadiannya, lembut. Lebihan durian tadi boleh diletakkan ke dalam peti sejuk tau dan jangan dibiarkan lama-lama.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ina Izdanys(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x