Mesti ramai yang suka makan Nasi Impit kan? Kalau masih ada lebihan nasi impit waktu jamuan hari raya, boleh buat Lontong Goreng. Mudah sahaja dan sangat sedap rasanya. Admin pun suka dan ikut terliur.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Bonda Zalina Amat Rosman perkongsian resipi Lontong Goreng ini 🙂
Bahan-bahan:
2 biji besar nasi impit (potong kecil-kecil)
Cili kering atau cili padi (ikut suka nak tahap kepedasan macam mana)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
2 biji telur
2 sudu besar kicap lemak
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Taugeh
Daun sup dan daun bawang (potong kasar)
Bawang goreng untuk tabur
Cara membuat:
- Mula-mula, kisarkan atau tumbuk cili, bawang dan bilis.
- Kemudian, tumis sampai agak kelihatan garing.
- Masukkan garam dan perasa. Masukkan telur. Kacau-kacau.
- Seterusnya, masukkan nasi impit dan kacau rata sambil tuang kicap.
- Jika sudah rata dan sekata, taburkan taugeh, daun sup dan daun bawang.
- Akhir sekali, angkat dan taburkan bawang goreng. Boleh dihidangkan.
Nota tambahan:
- Dalam resepi ini menggunakan cili kering.
- Kalau nak lontong goreng nampak lembap dan bersakut-salut, boleh tambahkan sedikit air sewaktu menumis atau kisarkan bahan tumisan sebab waktu dikisar itu sudah diletakkan air.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Bonda Zalina Amat Rosman(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity