Sekarang kan musim Raya Haji, jadi mesti ramai yang mencari resepi Daging yang mudah dan sedap kan. Anda boleh lah cuba Daging Masak Blackpepper ini. Admin pun rasa nak buat lah nanti, mesti bertambah makan hidangan ini.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
300 g daging
3 sudu sos black pepper
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lada hitam
Cili merah
Cili banggala
Gula
Garam
2 sudu besar sos tiram
Tepung jagung
Sedikit air
Cara membuat:
- Mula-mula, perap daging bersama sos black pepper.
- Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sehingga 70% masak.
- Kemudian masukan kesemua bahan yang lain. Gaul sehingga sebati.
- Daging black paper sedia untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity