Biskut cincin ini antara biskut tradisional yang selalu dibuat orang dulu-dulu. Cuma sekarang dimodenkan sedikit penampilannya. Biasala orang sekarang mesti nak meng’inovasi’kann😍😚
Bahan :
250g Marjerin Seri Pelangi
120g Gula aising (ayak)
1 biji Kuning telur
1 sudu teh vanila
Bahan A :
250g Tepung gandum (ayak)
130g Tepung jagung (ayak)
60g serbuk badam
40g Nestum (dikisar halus)
Bahan Hiasan :
1 biji Putih telur
170-190g Gula aising (ayak)
Hiasan manik, bunga ros kering, pistachio
Cara :
1. Pukul Marjerin Seri Pelangi dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan vanila, kacau rata.
3. Tambah Bahan A dan gaul menjadi doh.
4. Canai doh setebal 1/2 cm. Terap bentuk cincin.
5. Bakar di dalam ketuhar 165 C selama 15 minit atau sehingga masak.
6. Setelah biskut sejuk, picitkan aising dan taburkan dengan hiasan.
7. Untuk membuat aising: Pukul putih telur dan masukkan sedikit demi sedikit gula aising.
8. Selamat mencuba!
#iCookAsia #BiskutCincin #biskuttradisional
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/