fbpx

Biskut Tambun AKA Tausa Piang Rangup. Punya Rasa Masin Dan Manis Yang Buat Tak Puas Makan.

iCookAsia

Biskut Tambun yang juga dikenali sebagai Tausa Piang, dan ada yang memanggilnya ‘bola naga’ merupakan pencuci mulut yang cukup terkenal di Pulau Pinang. Punya rasa masin dan manis, Tausa Piang juga punya lapisan yang cukup rangup dan rapuh apabila dimakan.

Terima kasih Simon Lim atas perkongsian resipi.

 

Bahan Doh Air :

250 gm Tepung gandum

85 gm Lemak sayur/shortening

1½ sb Gula

125 ml Air sejuk

 

Cara :

  1. Adunkan semua bahan sehingga menjadi doh dan bulatkan dalam 40 gram setiap doh.

 

Bahan Doh Minyak :

185 gm Tepung gandum

120 gm Lemak sayur/shortening

1 sk Garam

 

Cara :

  1. Adunkan semua bahan sehingga menjadi doh dan bulatkan dalam 20 gram setiap doh.
  2. Sediakan inti kacang merah. Boleh dibeli siap daripada kedai.
  3. Sediakan juga kuning telur untuk disapu di atas doh dan bijan untuk hiasan.
  4. Leperkan adunan doh Air dan masukkan adunan doh minyak ke dalam dan bulatkan dengan kemas, kemudian leperkan memanjang dan gulung semula.
  5. Leperkan lagi dan ulang sehingga empat hingga lima kali dan potong dua.
  6. Ambil satu adunan dan canaikan, kemudian isi inti dan tutup kemas.
  7. Sapukan dahulu gris di atas dulang dan baru letakkan doh.
  8. Bakar pada suhu 200c selama 30 minit.

Kredit resipi & foto : Simon Lim

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x