Siapa sahaja tidak suka Biskut Coklat kan? Sebut pada anak-anak, pasti mereka suka. Lebih-lebih lagi kalau ditambah dengan topping gula-gula kegemaran mereka.
Seperti seorang pengguna Facebook ini, membuat Biskut M&M dengan mudah tapi sedap. Sesuai sangat kalau dibuat Jualan. Confirm laku dan habis cepat. Jom cuba!
Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Biskut M&M ini 🙂
Bahan-bahan:
3/4 cawan butter
1/3 cawan gula kastor
2/3 cawan gula perang
1 biji telur dan 1 biji kuning telur sahaja
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum }
1 1/4 sudu kecil baking powder } ayak sekali
1/3 coklat chip mini / choc rice (optional)
Choc M&M secukupnya untuk hiasan
Cara membuat:
- Mix butter dan gula hingga kembang gebu.
- Masukkan telur, kuning telur dan esen vanilla. Gaul lagi hingga sebati.
- Masukkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit hingga habis dan kaup balik sebati.
- Jika adunan agak lembik, boleh tambah 2 sudu besar gandum dan masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam.
- Sudukan atau getel bulat-bulat doh dan susun atas baking tray.
- Letakkan Choc M&M di atasnya.
- Bakar pada suhu 160°c selama 15 hingga 20 minit (bergantung pada oven masing-masing).
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos