fbpx

Biskut Koko Rangup Yang Enak Dimakan Sebagai Kuih Raya. Satu Biji, Mana Cukup Kan?

iCookAsia

Makanan yang berunsurkan Coklat ini memang paling disukai ramai. Kalau dapat dimakan, satu biji tidak pernah cukup. Seperti Kuih Raya Biskut Koko, setuju? Bukan sahaja kanak-kanak yang berebut makan, tetapi dalam kalangan remaja dan dewasa juga turut berebut makan. Kalau kena dengan tekak, lagi bertambah sedap. 

Haa, nak cari yang betul-betul sedap mungkin susah dan kalau ada pun, pasti harganya mahal. Daripada pening fikir, lebih baik anda buat sendiri di rumah. Boleh adjust ikut tekak masing-masing. Jom buat untuk Hari Raya nanti?

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Biskut Koko Rangup ini 🙂

Bahan-bahan:

Tepung gandum 2 1/2 cawan 

Tepung jagung 1/2 cawan

Butter 1 ketul (boleh juga gunakan marjerin)

Gula aising 1 cawan 

Kuning telur 1 biji

Esen vanilla

Serbuk koko 1/2 cawan 

Cara membuat:

  1. Putar kuning telur, gula aising, butter, esen vanilla hingga sebati.
  2. Selepas itu, masukkan tepung jagung, serbuk koko dan putar lagi. 
  3. Akhir sekali, baru masukkan tepung gandum tapi masukkan sedikit demi sedikit sampai doh tidak melekat pada jari apabila dipegang. Agak-agak, jangan lembik atau keras sangat. Apabila sudah sebati semua, boleh guna kreativiti masing-masing untuk buat bentuk.
  4. Kemudian, bakar pada suhu 180 celsius selama 20 minit. Ikut oven masing-masing ya. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x