Biskut Bijan KEWPIE rasa sekali pasti nak lagi! Dah dapat ni tiba-tiba licin sebalang, jom cuba buat
Bahan-bahan:
- 125g mentega
- 90g gula perang
- 1 biji kuning telur
- 50 gram KEWPIE Roasted Sesame Dressing
- 50g hirisan badam
- 90g coklat cip
Bahan-bahan untuk ayak:
- 190g tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik
- 3⁄4 sudu kecil baking soda/soda bikarbonat
Cara menyediakan:
1. Keluarkan dulu mentega (supaya mentega lembut bila nak mengadun nanti).
2. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, baking soda dan baking
powder.
3. Sangai sekejap kepingan badam dalam 2/3 minit atau sehingga naik bau badam.
pindah masuk bekas lain (supaya kepingan badam tak terlebih masak).
4. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang @ kuning pucat.
5. Kemudian masukkan kuning telur dan KEWPIE Roasted Sesame Dressing.
Gaul sebati.
6. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit. Bila dah sebati, masukkan kepingan
badam dan coklat cip. Adun sekata.
7. Ambil sikit doh dan bulatkan. Susun atas loyang dan tekankan sikit dengan jari
atau garfu.
8. Masukkan dalam oven yang dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 160’C.
Setting api atas dan bawah.
9. Sejukkan sebelum masukkan dalam balang kedap udara.
Untuk dapatkan produk KEWPIE secara online: https://shope.ee/VjdddnUY8