fbpx

Biasa Buat Sambal, Tapi Kali Ini Digunakan Untuk Membuat Kek Belimbing Buluh. Menariknya!

iCookAsia

Kalau sebut je belimbing buluh, Admin terfikir Sambal Hitam Belimbing Buluh je. Banyak dah kita jumpa di pasaran atau ada kenalan kita yang buat kan.

Tapi pernahkah anda jumpa Kek Belimbing Buluh? Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau membuat Kek Belimbing Buluh yang rupanya macam Kek Pandan je. Nak tahu rasanya bagaimana? Jom cuba!

Terima kasih Noriz Baker untuk perkongsian resipi Kek Belimbing Buluh ini 🙂

Bahan-bahan:

12 biji belimbing buluh

1 cawan gula

1 cawan minyak

4 biji telur

½ sudu kecil garam 

Pewarna hijau (optional untuk kek kelihatan lebih hijau)

2 cawan tepung kek (diayak)

*kalau tiada tepung kek boleh guna tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan diatas dalam 3 minit ke 5 minit kecuali tepung dan soda bikarbonat. 
  2. Selepas itu, tuang dalam mangkuk besar untuk digaul bersama tepung kek dan soda bikarbonat. 
  3. Guna wire whipped saja untuk kacau sebati (tak perlu lama-lama sangat).

*Kalau tiada wire whipped boleh guna senduk kayu. Asalkan untuk bagi sebati sahaja. 

  1. Apabila dah siap tu bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160°C selama 50 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noriz Baker (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x