fbpx

Bersahur Dengan Minuman Sihat. Buat Overnight Oats, Boleh Buat Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Hari. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Tujuan untuk kita bersahur adalah untuk membekalkan tenaga pada siang hari yang akan berlapar dan dahaga. Jadi, apa yang kita makan itu sedikit sebanyak akan memberi kesan pada tenaga badan kita. Kalau makanan yang kurang protein, boleh jadi anda cepat lapar? 

Jom Admin kongsikan cara membuat hidangan air yang sihat daripada seorang pengguna Facebook ini. Resepi ini, anda hanya perlu siapkan atau sediakan malam sebelum keesokkan harinya. Mudah untuk sahur, bangun dan terus makan. Jimat masa untuk siap-siapkan makanan. Betul tak? Jom cuba!

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Overnight Oats ini 🙂

Bahan-bahan:

5 sudu besar rolled oats

Susu segar full cream/low fat

Madu

Kismis

1 sudu besar chia seed

Badam (dipanggang)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan jar kaca dan masukkan rolled oats, 3/4 jar susu segar. Kalau suka boleh lebihkan dan kemudian tuang madu ikut tahap manis yang kita nak. Selepas itu tabur kismis.
  2. Masukkan chia seed (rendamkan sekejap dalam air panas. Apabila sudah kembang sedikit, toskan). Tabur badam dan sejukkan semalaman dalam peti ais.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x