Raya dah hampir tiba. Dah ada idea nak buat menu apa Raya nanti ? Ha, apa kata cuba resipi istimewa, Beriani Berempah Syawal. Boleh hidangkan untuk tetamu nanti!
Lagi sedap kalau masak dengan Rempah Faiza. Jom cuba resipi ni!
Cadangan hidangan: 7-8 orang
Bahan-bahan A (rebusan kambing):
- 1 kg kambing, potong 16
- 3 sudu besar Serbuk Kari Daging Faiza
- 8 biji kurma (biji sahaja)
- 1 liter air
Bahan Tumis:
- 3 sudu besar Minyak Masak
- 2 sudu besar minyak sapi
- 3 cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan, dipotong 3 cm
Bahan Hiris Halus:
- 1 labu bawang besar
- 3 cm halia
- 5 ulas bawang putih
Bahan-bahan B:
- 2 sudu besar Rempah Rendang Faiza
- 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih Faiza
- 1300ml air rebusan
- 100ml susu cair
- 2 sudu besar dadih asli
- 2 sudu besar Serbuk Krim Kelapa
- 750g Beras Basmathi Moghul Faiza
- 2 sudu kecil Garam Gunung Tulen Faiza
Bahan Hiasan:
- Sedikit pewarna oren
- Kismis, badam hiris, bawang goreng, daun ketumbar
Bahan Acar / Jelatah (Gaul semua):
- 1 biji timun Jepun, didadu
- 2 biji tomato, dibuang biji & dadu
- ½ biji bawang besar, didadu
- 2 sudu besar cuka
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
Cara Menyediakan:
1.Rebus Bahan A sehingga kambing empuk.
2.Tapiskan, tambah air secukupnya ke dalam air rebusan. Ketepikan.
3.Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bahan tumis dan bahan hiris sehingga wangi.
4.Tuangkan ke dalam periuk eletrik.
5.Masukkan Bahan B, tutup periuk dan masak sehingga airnya kering.
6.Renjiskan pewarna oren, letak kambing di atasnya dan biar 10 minit lagi.
7.Taburkan bahan hiasan semasa menghidang.
Selamat Mencuba!
Jangan lupa dapatkan barangan Faiza Spices disini: Rempah Beriani