Sebenarnya cara membuat roti jala cukup mudah asalkan tahu teknik yang tepat. Seperti perkongsian Huda Ayob, walaupun masih baru belajar, namun teknik lubang pusaran sewaktu mengisar dapat menentukan roti jala yang dihasilkan sesedap rasa dan cantik kejadiannya.
Jika lubang pusaran besar, tambah sedikit tepung sehingga lubang menjadi sebesar jari kelinking. Dan jika lubang pusaran kecil, tambahkan sedikit air.
Resipi yang dikongsikan ini untuk 23 hingga 25 keping roti jala.
Bahan :
1 biji Telur
2-3 sb Santan/susu segar
2 cawan Tepung gandum
1 cubit Pewarna kuning/kunyit
1 sb Gula
1 sk Garam
Cara :
- Masukkan air sehingga tepung tenggelam. Agak-agak dalam dua cawan air atau mengikut sukatan tepung.
- Ambil sudip panjang dan kacau sebati. Selepas sebati baru dikisar.
- Perhatikan lubang pusaran. Apabila sebesar jari kelinking, sedia untuk dikirai.
Kredit resipi & foto : Huda Ayob
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/