Jika anda suka beli pisang goreng di gerai tepi jalan, mesti ada juga pernah suatu hari apabila dapat yang tidak kena dengan citarasa kita sendiri kan? Susah nak cari yang betul-betul kena dengan tekak kita.
Jadi, apa kata kita buat sendiri di rumah? Disini seorang pengguna Facebook telah kongsikan cara membuat Tepung untuk menggoreng pisang yang rangup. Jarang orang buat dirumah sendiri sekarang ini. Moh ler try!
Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Tepung Goreng Pisang Rangup ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 biji telur (gred paling kecil)
1/3 cawan air
3-4 ketul ais kiub
1/2 sudu besar air kapur (jernih)
1/2 sudu besar marjerin cair
2 sudu besar bijan
Pisang
Cara membuat:
- Campur dan bancuh kesemuanya. Jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Jika agak pekat, tambah ketul ais. Kacau jangan bagi berketul. Celup pisang dan goreng dalam minyak panas.
- Apabila sudah perang dua-dua belah, boleh angkat dan toskan minyak.
Tips:
*kalau nak kuning letak kunyit sikit (1/2 sudu teh)
*kalau nak wangi letak tepung kastard (1 sudu besar)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/