Resepi yang sesuai untuk setiap occassion di Malaysia untuk dihidangkan kepada tetamu.Resepi yang enak dan menjadi kesukaan ramai.
Jom kita tengok resepi Bavarian Nutty Brownies ni. Lagi best bila guna Marjerin SERI PELANGI.
Bahan-bahan:
BAHAN LAPISAN BAWAH: CHOCOLATE BROWNIES
Bahan A
- 130 gm Marjerin SERI PELANGI
- 10 gm serbuk koko
- 1⁄2 sudu besar serbuk kopi segera
Bahan B:
- 80 gm gula kastor
- 1 biji telur gred A diputar sehingga kembang
Bahan C:
- 70 gm tepung gandum
- 1⁄2 sudu kecil serbuk penaik diayak
Bahan D:
- 50 gm badam cincang – dibakar
- 1 sudu besar Krimer Sejat Cair SAJI
Cara Membuat:
1. Cairkan bahan A iaitu Majerin SERI PELANGI. Masukkan serbuk koko dan serbuk kopi segera.
Sejukkan sehingga suam kuku.
2. Putar bahan B iaitu telur dan gula kastor sehingga kembang. Satukan kedalam bahan A.
3. Masukkan bahan C iaitu tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak.
4. Akhir sekali, masukkan bahan D iaitu badam dan Krimer Sejat Cair SAJI.
5. Gaul sebati dan tuang ke dalam loyang.
6. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit.
7. Sejukkan dahulu sebelum dituang lapisan tengah.
BAHAN LAPISAN TENGAH: BAVARIAN CREAM
Bahan A:
- 100 gm coklat putih
- 2 sudu besar Krimer Sejat Cair SAJI
- 1 biji kuning telur
Bahan B:
- 1 biji putih telur
- 20 gm gula kastor diputar sehingga kembang
Bahan C:
- 10 gm serbuk gelatine
- 60 ml air
Bahan D:
- 150 gm Krim Segar / Fresh Cream
Cara membuat:
1. Cairkan bahan A iaitu coklat putih secara double boiler. Masukkan Krimer Sejat Cair SAJI.
2. Rendam bahan C iaitu serbuk gelatine bersama air. Panaskan dan campurkan kedalam
adunan coklat yang telah dicairkan.
3. Putar bahan B iaitu putih telur dan gula kastor sehingga kembang (meringue style).
4. Satukan ke dalam bancuhan coklat dan gelatine. Gaul hingga sebati dan biarkan hingga
suam kuku.
5. Akhir sekali, masukkan bahan D iaitu krim segar. Gaul hingga sebati.
6. Tuang ke atas lapisan bawah dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
Bahan Lapisan Atas: Milk Chocolate Topping:
- 150 gm milk coklat
- 80 ml Krimer Sejat Cair SAJI
- 10 gm Marjerin Seri Pelangi
Cara membuat:
1. Panaskan coklat secara double boiler.
2. Apabila coklat cair, masukkan Krimer Sejat Cair SAJI dan Marjerin SERI PELANGI.
3. Kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga sejuk dan pekat sedikit.
4. Tuang keatas lapisan tengah dan sejukkan sekejap.
Untuk dapatkan produk Seri Pelangi secara online: https://shope.ee/8Ulbq3EpTl