Bahan-bahan yang diperlukan:
½ ekor ayam dipotong 8
2 biji bawang merah dipotong dadu
1 sudu besar bawang putih dan halia cincang halus
6 tangkai cili kering dipotong
1 sudu kecil jintan putih
2 tangkai daun kari
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
3 sudu minyak
Cara membuatnya:
- Mula-mula panaskan minyak dan tumis jintan putih, cili kering dan daun kari sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan bawang merah bersama bawang putih dan halia. Goreng sehingga kekuningan
- Selepas itu, masukkan ayam, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata dan tutup sebentar lebih kurang 5 minit atau sehingga ayam masak pada api sederhana.
- Ayam varuval sedia untuk dihidang.