fbpx

Ayam Telur Masin. Duduk Rumah Baik-Baik, Masak Sendiri!

iCookAsia

Apabila berada di rumah dan pergerakan masih lagi dihadkan atas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, inilah masanya untuk menunjukkan skill memasak yang sekian lama terpendam. Asah balik bakat yang sudah tumpul dan mulakan dengan resipi ringkas dan mudah.

Apa yang penting, stok simpanan di rumah wajib ada beras, gula, tepung, garam dan susu SAJI dan minyak masak SAJI ya. Barulah lengkap hidup.

Kali ini kita belajar cara menyediakan Ayam Telur Masin yang cukup membuka selera.

Bahan (ayam):
1 peha/dada ayam (besar)- sudah di potong dadu
1 sudu besar sos tiram SAJI*
1/2 cawan tepung gandum – bahan sadur
1/2 cawan tepung jagung – bahan sadur
1 biji telur ayam – bahan perapan
1 sudu kecil garam dan lada sulah – bahan perapan
½ sudu kecil minyak bijan – bahan perapan

Bahan (sos) :
4 biji kuning telur masin – dihancurkan terlebih dahulu
2 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih
Daun kari
4 biji cili padi
1/2 sudu kecil serbuk kari
200ml krimer sejat cair SAJI – di campur dengan air (air ikut untuk berkuah atau kering)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu gula
nasi putih – *untuk hiasan

Cara :
1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1-2 jam.
2. Di dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan garam.
3. Ayam di salut dengan adunan tepung.
4. Goreng hingga keemasan
5. Panaskan telur masin selama 2 minit di dalam microwave. Kemudian hancurkan.
6. Cairkan mentega dan masukkan bawang putih, daun kari, cili padi dan serbuk kari.
7. Masukkan telur masin, susu cair dan garam. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan ayam yang sudah digoreng. Gaul.
9. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x