fbpx

Ayam Meraung, Inspirasi Daging Bakar Thai. Siap Ada Sos Pencicah. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Sekali sekali berbuka puasa dengan hidangan ala bbq pun menarik juga. Jika susah nak dapatkan daging harimau menangis, tukar sahaja kepada ayam. Mudah nak dapat dan tetap terasa keenakannya.

Malam ni kakak nak kongsikan resipi ni, Ayam Meraung. Berinspirasikan daging bakar Thai, tapi kali ni kakak guna ayam atas permintaan kluster ayam kat rumah ni. Ayam potong 4, kakak guna bahagian peha dan betis, buang tulang.”

 

AYAM MERAUNG

 

Bahan perapan :

Daging (biar ada lemak sikit)/ayam

Akar ketumbar

Bawang putih

Gula perang

Sos ikan

Kicap pekat

Lada sulah/hitam

Minyak

 

Cara :

1. Kisar semua bahan dan lumurkan pada ayam atau daging. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.

2. Perap dan simpan di dalam peti ais. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.

3. Untuk memasak, panaskan pan non stick, letakkan sedikit minyak dan bakar dengan api kecil

 

Bahan sos :

Sos ikan

Air asam jawa

Perahan limau nipis

Gula kabung/nisan Thai

Serbuk cili kasar

Beras goreng

Daun ketumbar (cincang)

Akar ketumbar (cincang)

Cili padi (cincang)

Bawang merah (cincang)

Bawang putih (cincang)

 

Cara :

1. Bancuh semua bahan dan perasakan.

Sumber : Sarina Seman

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x