Masakan Ayam Masak Hitam ini, ada juga yang dipanggil Ayam Masak Kicap. Lebih kurang sahaja, tapi mungkin di sesetengah tempat yang memanggil dengan nama Ayam Masak Hitam. Jadi, jangan pelik ye…
Tetapi, berbeza nya dengan Ayam Masak Kicap, hidangan Ayam Masak Hitam ini menggunakan cili kering dalam masakan. Macam mana tu kan rasanya? Jom cuba!
Terima kasih Khairul Ghazali untuk perkongsian resipi Ayam Masak Hitam ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari
1 biji tomato potong potong suka hati (buat hiasan)
1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan)
kicap manis secukup rasa (“saya guna kicap kipas udang”)
Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
- Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
- Ayam potong sederhana gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak.
- Panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan yang telah dikisar tadi, biar sehingga pecah minyak.
- Masukan ayam goreng dan tadi tambahkan kicap manis secukupnya. Kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutup tudung periuk dan biar sehingga mendidih.
- Masukkan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khairul Ghazali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/