Mesti ramai yang suka makan ayam goreng gunting kan? Selalu kita beli di gerai tepi jalan ataupun di pasar malam. Haa, lepas tengok video ni dah bolehlah cuba buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Resepi Ini disediakan oleh Hykal Fikri.
Bahan
2 Cawan tepung
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil paprika
2 sudu kecil lada hitam
Dada ayam
Telur yang dipukul
Cara membuatnya.
1. Campurkan garam, lada hitam dan paprika ke dalam tepung dan gaul sehingga rata.
2. Pukul telur kemudian celup dada ayam kedalam telur dan tepung.
3. Goreng ayam tersebut sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!