Anda pernah cuba resipi Ayam Gulung Berempah? Rasai kelainannya dengan aroma yang pasti memukau. Dan semestinya menggunakan produk daripada SAJI 😉
Bahan-bahan:
1 keping (besar) dada ayam
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar marjerin, dicairkan
2 sudu besar Santan Kelapa SAJI
Tali, lidi koktel
Bahan Pulut:
¼ cawan pulut, direndam 20 minit
¼ cawan beras, direndam 10 minit
¾ cawan air
3 sudu besar Santan Kelapa SAJI
2 sudu kecil rempah kari
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak
Bahan Inti (dadu kecil):
2 biji cendawan segar
¼ biji cili benggala merah
¼ labu bawang besar
½ biji cili hijau
1 biji telur
Cara membuat:
1. Masukkan bahan-bahan pulut ke dalam periuk. Tutup periuk.
2. Masak atas api perlahan dan kacau 1 kali. Apabila air kering, kacau dan perlahankan api. Tutup periuk dan biar 7-8 minit.
3. Letak pulut di dalam mangkuk. Gaulkan dengan semua bahan inti. Ketepikan.
4. Letak ayam di atas papan pencanai. Hiris serong isinya. Taburkan garam dan serbuk lada hitam. Ketuk supaya leper sedikit.
5. Ratakan inti di atasnya. Semat hujungnya dengan lidi. Ikat ayam dengan tali.
6. Letak atas tin pembakar. Tuangkan marjerin cair dan santan.
7. Bakar di dalam ketuhar 200 C selama 45-50 minit atau sehingga masak.
Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.my/