fbpx

Awas! Resepi Siput Sedut mudah dan teringat-ingat

iCookAsia

Mari cuba resepi Siput Sedut Masak Lemak untuk berbuka puasa hari ini! Pasti akan membuat selera bertambah dengan makan nasi panas-panas bersama. Yang paling penting, pastikan gunakan Krim Kelapa Pekat SAJI untuk hasil yang lebih sedap. Jom cuba dan rasai hidangan istimewa ini! 🤤
Bahan-bahan:
  • 700g siput sedut
  • 600ml air
  • 1 kotak (200ml) Krim Kelapa Pekat SAJI
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • Garam Gunung Himalaya SAJI secukupnya
  • 1⁄2 sudu kecil gula
Bahan Kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 8-10 tangkai cili api
  • 1 inci kunyit hidup
Cara membuat:
1. Tambah Garam Gunung Himalaya SAJI ke dalam air. Masukkan siput, tutup dan biar 30 minit.
2. Bilas siput 3-4 kali atau sehingga airnya jernih. Rendam siput, tambah hirisan 3-4 biji cili padi, biar 15 minit dan toskan.
3. Potong 3 ruas dari hujung siput menggunakan gunting atau pisau.
4. Letak bahan kisar dalam periuk, kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan air, Krim Kelapa Pekat SAJI, asam gelugur, serai dan daun kunyit.
6. Setelah mendidih, masukkan siput dan kacau.
7. Perasakan dengan garam dan gula. Biar merenih sebentar kemudian angkat.
Selamat mencuba!
Untuk mendapatkan barangan SAJI Malaysia secara atas talian, boleh beli disini: Link

Untuk pengiklanan produk makanan anda, sila hubungi:

Nama: Aqilah Sanadi

Telefon: 010-4418825

Emel: hello@icookasia.com

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x