Selalu kita beli aja popia sira pedas ni di kedai kan? Kali ni kita buat sendiri saja. Sedap dikunyah sambil tengok TV.
Bahan-bahan:
Bawang merah – ½ Biji
Lobak Merah – ½ Batang
Sengkuang – ¼ Biji
Kobis – ½ Biji
Cili Merah -1 Biji
Bawang Putih – 5 Ulas
Tauge – 100 Gm
Kulit Popia – 10 Keping
Cili Kisar – ½ Cawan
Sos Cili – 2 Sudu Besar
Biji Bijan – 2 Sudu Besar
Gula – 1 Sudu Besar
Minyak Masak
Sedikit Air
Cara masak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan hirisan lobak merah dan kacau sehingga masak
3. Masukkan pula kobis, bawang merah dan cili merah dan kacau seketika
4. Kemudian masukkan sedikit serbuk lada putih dan tauge, biarkan masak seketika.
5. Letakkan sayuran yang sudah di masak itu ke atas kulit popia dan gulung.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia.
7. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak kemudian masukkan gula dan sos cili.
8. Kacau sehingga sebati.
9. Kemudian masukkan biji bijan dan kacau.
10. Tutup api dan biarkan sejuk seketika kemudian salut popia yang sudah digoreng dengan sira yang sudah dimasak.
11. Sedia untuk dihidang.
Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.my/