fbpx

Asam Pedas Utara. Rebus Je Semua Bahan, Tak Perlu Tumis.

iCookAsia

Orang utara mesti sudah pandai masak asam pedas jenis style rebus kan? Tapi bagi yang baru nak belajar memasak, asam pedas utara tidak perlu ditumis bahan-bahannya, semuanya terus dimasak sehingga mendidih. Senang kan? Tapi sedapnya hingga menghirup kuah.

Terima kasih Cik Puan Sarah atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

Ikan

Belacan

Bawang putih

Bawang merah

Cili rebus

Air asam jawa

Garam

Secukup rasa

Daun Kesum

Bendi

Timun

Asam keping

Cara :

  1. Tumbuk bawang sehingga lumat, boleh juga dikisar.
  2. Selepas itu tumbuk pula cili kering yang sudah direbus.
  3. Masukkan belacan dan tumbuk sehingga lumat.
  4. Didihkan air.
  5. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  6. Kemudian masukkan air asam jawa.
  7. Masukkan daun kesum, bendi dan timun.
  8. Masukkan asam keping dan perasakan garam secukupnya.
  9. Akhir sekali baru masukkan ikan. Biarkan mendidih.
  10. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto : Cik Puan Sarah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x