Cupcake ini kebiasaanya di hidangan pada jamuan atau majlis makan beramai-ramai atau majlis hari jadi. Kemudian, anak-anak pula mesti ada yang request nak cupcake coklat. Haa… kalau runsing tak tahu nak order di mana, buat je sendiri. Anak-anak mesti puji sedap nanti, hehe…
Terima kasih Azlina Ina Fans untuk perkongsian resipi Nutella Cupcakes ini 🙂
Bahan-bahan:
3 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar ovalatte
1 sudu kecil emolco coklat
2 sudu besar nutella
5 sudu besar susu coklat Dutch Lady
1 cawan 1/2 tepung self-rising
Caranya:
- Mix semua bahan, dari kelajuan perlahan ke high speed sampai putih gebu. Dah gebu, matikan mixer.
- Masukkan 1/4 cawan minyak masak dan kacau.
- Masuk separuh dalam cup dan bakar pada suhu 170 celcius selama 20 minit, api atas bawah.
Bahan untuk Cream Cupcakes:
250g cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen creamy vanilla
½ kotak fresh cream vivo
Caranya:
- Mix bahan hingga sebati.
- Tambah kan 1/2 kotak fresh cream vivo dalam masih sejuk-sejuk tu dan mix sampai kental.
*nak mix asing-asing pun boleh. Bahagi kepada dua bahagian; cream 1 putih ori dan yang satu lagi tambah emolco dan 2 sudu besar nutella. Kacau rata.
Paip kan cara dia
- Masukkan nozel 1M dalam piping beg.
- Masukkan cream putih sebelah dan coklat sebelah dalam piping beg.
- Buat 1 pusingan atas cupcake dan hias kan,
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina Fans (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/