fbpx

Apam Tokyo Berinti Kastard Dan Kaya. Manis, Lemak Berkrim Dan Yang Penting, Kalau Dijual Memang Sangat Laku.

iCookAsia

Bermula daripada perkongsian resepi kawan-kawan di Facebook Group. Menjadi inspirasi kepada seorang pengguna Facebook ini untuk membuat resepi ini untuk berniaga. Dan kini, beliau tidak sangka jualan makanan ini mendapat sambutan yang sangat tinggi. 

Terima kasih Izza Howzin untuk perkongsian resipi Apam Tokyo ini 🙂

Bahan Untuk Kulit:

1 cawan tepung gandum

1/2 sudu teh serbuk penaik

1 biji telur

1/4 cawan gula

1/2 cawan susu segar atau susu cair

1/2 cawan air

1 sudu besar marjerin cair

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian sapukan dengan semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
  3. Sendukkan atas pan. Calit inti dan lipat.

Bahan Untuk Inti Kastard:

1/2 cawan tepung gandum

1 sudu besar kastard

1/2 cawan gula

1 1/2 cawan susu kotak atau susu cair

1 sudu teh pewarna

Sedikit esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Masak hingga pekat.

Bahan Untuk Inti Kaya:

60g gula

125ml air panas

1 sudu besar tepung jagung

170g gula

300ml santan

3 biji telur

Daun pandan

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Hangus kan 60g gula. Masukkan air panas. 
  2. Bancuh bahan-bahan lain dan satukan semua ke dalam periuk. Masak hingga pekat likat.

Tips untuk kaya cantik licin macam kaya kedai: dah siap jangan lupa blend. Memang cantik licin.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Izza Howzin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x