Apam Santan ini berbeza daripada apam kukus biasa kerana kandungan santan yang terdapat dalam adunan membuatkan kuih ini lebih lembab dan berkrim. Dan lebih menarik dengan warna warni yang menjamu pandangan mata.
Terima kasih Sharifah Mariam Syed Mohd atas perkongsian resipi.
Bahan :
3 biji Telur
1 cawan Gula
1 sb Ovelet
1 sk Baking powder
1 sk Esen vanilla
2 cawan Tepung kek/tepung gandum
200 ml Santan kotak(kotak kecik)
3 pewarna – ikut suka
Cara :
- Satukan telur, gula dan ovelet dan pukul sampai kembang.
- Kemudian masukkan baking powder dan esen vanilla.
- Masukkan santan berselang-seli dengan tepung dan pukul sehingga betul-betul rata. Bahagikan kepada tiga warna.
- Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit. Pastikan penutup pengukus ditutup supaya air tidak jatuh atas adunan.
Kredit resipi & foto : Sharifah Mariam Syed Mohd
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/