Haa.. ini lagi satu resipi viral waktu PKP yang pertama untuk tahun ni. Masing-masing duduk rumah kan, jadi semua rajin betul nak masak. Macam macam juga resipi yang telah diubah suai.
Macam resipi Apam Puri Kastard ini? Yang menariknya resipi ini, ia berbentuk karipap dan berwarna warni. Nampak menarik, haa.. Mesti ramai yang nak cuba kan? 😉
Terima kasih Nora Habsah Shahid untuk perkongsian resipi Apam Puri Kastard 😀
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
3 cawan air
Pewarna kuning
Cara membuat:
1. Satu kan kesemua bahan dan kacau sebati.
2. Kemudian tapis dan tuang ke dalam periuk atau kuali. Masak dengan api yang perlahan.
3. Kacau sehingga pekat dan selepas itu angkat dan ketepikan.
Bahan Untuk Kulit:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk soda
Sedikit garam
Pewarna
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dan selepas itu tapis.
2. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak. Setelah panas, tuangkan sedikit adunan tepung tadi ke atas kuali.
3. Selepas adunan sudah masak, letakkan pada acuan karipap.
4. Letakkan inti kastard tadi dan kapitkan ia.
5. Apam Puri Inti Kastard siap untuk dihidang!
Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nora Habsah Shahid (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/