fbpx

Apam Nasi Warna Merah Jambu Comel. Buat Makan Petang Atau Juadah Pada Bulan Ramadan Pun Boleh.

iCookAsia

Resepi Apam ini memang sangat popular. Admin pun dah banyak kongsikan, antaranya Apam Susu. Tetapi untuk kali ini, Admin kongsikan cara membuat Apam Nasi pula. Haa, kalau anda ada nasi semalam atau nasi yang tak habis jangan dibuang tau. Boleh simpan di peti ais, kemudian buat untuk Apam Nasi keesokkan harinya. Jom cuba!

Terima kasih Syana Anuya Manmad untuk perkongsian resipi Apam Nasi ini 🙂

Bahan A

2 cawan nasi sejuk

1½ cawan gula putih /castor sugar

2 cawan air

*Kisar semua bahan-bahan A sehingga hancur. Tuang ke dalam bekas lain.

Bahan-bahan lain:

3½ cawan tepung beras

1 paket yis segera (mauripan)

2 sudu besar minyak

1 paket eno biru

Sedikit pewarna kesukaan anda

Kelapa parut dan sedikit garam (kukus sebentar)

Cara membuat:

  1. Ambil bekas yang berisi bahan A tadi. Masukkan tepung dan gaul sebatikan. Kemudian masukkan  yis dan gaul lagi. Masukkan pewarna jika suka. 
  2. Setelah sebati tutup dan perapkan adunan tadi selama 1 jam.
  3. Setelah 1 jam dan adunan naik, kacau-kacau kan supaya adunan sebati. Bolehlah masukkan minyak tadi dan gaul lagi. Perap lagi 15 minit, sementara itu sediakan pengukus dan acuan.
  4. Setelah 15 minit, masukkan eno biru dan kacau sebatikan sekejap sahaja dan terus tuang ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit. 

*Jika nak dapatkan apam yang merekah cantik, air kukusan kena betul-betul panas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Syana Anuya Manmad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x