fbpx

Apam Nasi Bentuk Bunga Ros. Buat Warna Putih Sahaja Pun Dah Cantik.

iCookAsia

Apam Nasi memang betul popular disebabkan tekniknya yang senang. Bukan itu sahaja, nasi yang tak habis pun boleh simpan dan dijadikan Apam Nasi ini. Jimatkan? Tetapi, baru-baru ni Admin ternampak daripada seorang pengguna Facebook ini. Dimana, beliau membuat Apam Nasi menggunakan acuan bentuk bunga. Cantik sangat!

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Apam Nasi ini 🙂

Bahan-bahan:

1  cawan nasi

1 1/2  cawan air

(blend nasi dengan 1 cawan air dulu, sebab kalau blend semua air, nasi tidak berapa hancur. Kemudian tambah 1/2 cawan air tadi blend sekali lagi) 

2  cawan tepung beras

1/2  cawan tepung gandum

1/2 cawan gula (boleh tambah kalau rasa nak manis lagi)

3 sudu kecil  mauripan

1 – 2 sudu kecil  minyak masak 

Secubit garam 

Cara membuat:

  1. Tuang bahan kisar dalam tepung-tepung. Gaul-gaul sebatikan. Kalau rasa nak blend sekali pun boleh.
  2. Kemudian perap 1/2 jam lebih atau sampai naik. Kacau semula adunan dan warnakan ikut suka atau putih saja.
  3. Tuang dlm acuan kecil yang di sapu sedikit minyak.
  4. Kukus 15 – 20 minit. 

*Boleh makan kuih apam ni dengan kelapa parut putih dan secubit garam/

*Nak buat lebih, gandakan adunan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x