Ada yang rindu Apam Balik beli di kedai tepi jalan? Apam Balik yang nipis dan rangup ini menjadi kegemaran ramai. Rasa manis dan masin yang secukupnya. Bila dah rindu ni, apa kata anda cuba asah skill memasak di rumah dengan membuat resipi ini di rumah?
Terima kasih Siti Nardina untuk perkongsian resipi Apam Balik ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Bahan untuk taburan:
Gula
Kacang tanah
Jagung
Cara penyediaan:
- Campur semua bahan ini dan pukul hingga sebati (boleh juga kisar).
- Selepas itu, perap selama 20 minit.
- Kemudian, panaskan kuali non-stik dan masukkan 2 senduk adunan. Geselkan belakang senduk untuk dapatkan bulatan yang cantik.
- Taburkan sedikit gula, kacang dan jagung.
*Kalau anda nak tambah chocolate juga boleh. Mengikut citarasa sendiri.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Nardina (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/