fbpx

Antara Kuih Raya Yang Wajib Dibuat, Almond London. Nak Buat Untuk Kudapan Pun Boleh

iCookAsia

Walaupun raya lagi sebulan, tapi boleh sahaja kalau nak buat terlebih dahulu kuih raya. Kalau nak makan sebagai kudapan pun boleh juga. Ambil sahaja resepi ini, dah boleh buat. Yang penting, rasanya sedap dan puas hati.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nor Hazwani Ali perkongsian resipi Almond London ini šŸ™‚

Bahan-bahan:

Bahan A:

300g tepung gandum

200g tepung jagung

150g gula halus

250g butter

50g corn flakes (dikisar)

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil esen vanila

1 biji telur

Badam hancur untuk hiasan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul butter dengan telur hingga sebati, boleh guna senduk kayu sahaja.
  2. Masukkan esen vanila, baking powder, ayak dahulu takut berketul dan gula halus pukul lagi sampai kembang
  3. Kemudian, masukkan corn flakes, tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli-uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
  4. Akhir sekali, bakar pada suhu 190’c selama 20 minit.

Bahan B:

1 adunan

8g dapat 125 biji

6g dapat 155 biji

500gĀ  coklat masakan (Boleh guna KC candy)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cairkan coklat dan tidak perlu tambah apa-apa.
  2. Kalau jenama lain kena tambah shortening atau Coco butter.
  3. Selepas coklat sudah cair boleh celup biskut dan tabur badam. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! šŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Nor Hazwani Ali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x