Kalau anda yang pernah ke Papparoti dan beli roti kopi mereka, boleh agak betapa sedap dan wangi nya bau roti ini. Memang kalau lalu kedai ini, dari luar dah boleh bau. Kegemaran sesetengah orang.
Musim PKP ni, tak boleh pula kita keluar rumah lebih dari 10km kan? Biasa ada di mall. Boleh jadi jauh dari rumah. Jangan risau. Dengan perkongsian resipi oleh seorang pengguna Facebook ini, anda boleh menikmati keenakan roti kopi ini sendiri di rumah. Jom cuba!
Terima kasih Juju Minhad untuk perkongsian resipi Paparoti ini 🙂
Bahan-bahan Untuk Paparoti:
Tepung gandum 250 gm
Gula 50 gm
Susu segar 150 gm
1 biji Telur kuning
Mauripan 1 sudu
Mentega 30 gm
Cara membuat:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam besen kecuali mentega. Pukul semua hingga rata dan kemudian barulah masukkan mentega. Pukul lagi dan uli pakai tangan sampai tidak melekat. Tutup dengan tuala lembab selama 40 minit.
- Selepas 40 minit, masukkan sepotong mentega dalam doh (salted). Bulat-bulatkan dan susun dalam tray. Tutup dengan kain lembab selama 10 minit.
Bahan-bahan untuk topping Kopi:
Mentega 60 gm
Gula 30 gm
Serbuk nescafe 2 sudu dan 2 sudu air suam (kacau-kacau dalam gelas dan ketepikan)
1 biji Telur
Tepung gandum 70 gm
Cara membuat:
- Pukul mentega dengan gula hingga creamy.
- Masukkan telur dan aduk kan.
- Masukkan air bancuhan nescafe tadi dan kacau lagi.
- Akhir sekali, masukkan tepung dan kacau rata.
- Apabila sudah siap, masukkan dalam pipping beg dan pipe dari tengah secara melengkar atas roti tadi. Bakar pada suhu 170 celcius dalam 20 minit. Api atas bawah dan tambah 10 minit api atas untuk dapat effect roti yang rangup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Juju Minhad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/