fbpx

Aiskrim Malaysia Pelbagai Perisa Modern. Ada Blueberry, Strawberry, Coklat, Oreo, Dan Gula-gula Dynamite.

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu Aiskrim Malaysia kan. Dulu, Aiskrim Malaysia memang sangat popular kerana harganya cuma bernilai 20 sen. Sekarang? Memang tidaklah untuk dapat harga sebegitu. Paling murah pun boleh dapat, hanya 50 sen. 

Tetapi, bukan itu ceritanya sekarang. Admin nak kongsikan, kalau perisa Aiskrim Malaysia itu memang menarik dan bahan yang digunakan sangat berkualiti. Memang berbaloi la kalau dijual lebih daripada 50 sen. Seperti perkongsian resipi dibawah. Memang pelbagai betul. Kalau rasa mahal nak beli diluar, boleh buat sendiri. Baru puas kan?

Terima kasih Ain Kamis untuk perkongsian resipi Aiskrim Malaysia ini 🙂

Bahan A: 

2500gram air biasa (sukat botol mineral kecik tu 5 botol kalau tak ada penimbang)

1 tin susu cair carnation 

1 tin susu pekat manis F&N 

Bahan B: 

1 sudu kecil garam 

3 senduk kecil gula (ikut masing tekak sendiri) 

Bahan C : bancuh dgn sedikit air  

2 sudu besar tepung jagung 

4 sudu kecil vanilla powder (cari kat bakery) 

Cara-cara: 

  1. Masak bahan A guna api yang sederhana. Sentiasa kacau untuk mengelakkan susu hangit dan membuak. 
  2. Bila dah keluar wap, masukkan bahan B. Didihkan hingga betul-betul mendidih. 
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan pulak bahan C. Masak lagi hingga mendidih. 
  4. Sejukkan.

Perisa:


1. Blueberry – guna blueberry topping. Cari yang jenis licin berkilat. Yang ni dia melekat elok di plastik. Tak akan bercampur dengan air susu.


2. Strawberry – sama seperti blueberry.

3. Coklat – guna coklat spread.


4. Oreo – sebiji oreo dipatah-patahkan jadi kepingan kecil.


5. Dynamite peppermint – tambah sedikit peppermint flavour dalam air susu tadi. Letak pewarna untuk kelihatan menarik. Tumbuk sebiji gula-gula dynamite dan masukkan dalam plastik. Kalau taknak pun tak apa. Sebab kejadian dia berangin giler.


6. Bandung – letak esen sirap cap ros. Nak letak cincau atau selasih boleh juga.

*Adunan ni dapat 67 pcs baby aiskrim. Dimana 1 plastik aiskrim yang standard dipotong dua.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ain Kamis (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x