fbpx

Ada Lauk Sambal Goreng Jawa Ini Pun Sudah Cukup, Sangat Mudah Dan Sedap

iCookAsia

Siapa di sini pernah makan Sambal Goreng Jawa? Kalau ada lauk ini pun sudah cukup kan untuk dimakan dengan nasi panas. Bukan itu sahaja, hidangan ini juga dipenuhi dengan tempe dan kentang juga tau. Nak letak banyak mana pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zainon Sekor perkongsian resipi Sambal Goreng Jawa ini 🙂

Bahan-bahan:

Kentang

Tempe

(Potong dadu dan gorengkan semua bahan di atas)

Kalau ada tauhu, boleh dipotong dadu dan digoreng juga

Suhun dan tauhu kering (rendamkan)

Bawang merah, bawang putih,cili besar merah dan cili hijau, boleh guna cili padi akar (Hiris)

Sedikit ikan bilis

2 sudu lada kisar

Sedikit asam jawa

Kicap Jalen kuning dan oren

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumiskan lada kisar.
  2. Selepas pecah minyak, masukkan ikan bilis dan bahan-bahan yang dihiris.
  3. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
  4. Masukkan suhun, tauhu kering dan kicap. Kacau-kacau.
  5. Akhir sekali, masukkan tempe dan kentang yang sudah digoreng tadi. Kacau sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainan Sekor(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x