fbpx

Ada Kuah Kari Lebih, Tak Payah Buat Roti Jala. Boleh Buat Roti Manis Yang Cantik Gebu Ni.

iCookAsia

Apabila ada kuah kari ayam lebih dirumah, pasti kita akan terfikir untuk membuat Roti Jala atau makan cicah bersama roti kosong biasa kan? Apa kata kali ini, anda jadi rajin lebih sedikit dan belajar untuk buat Roti Manis pula. 

Rupanya cantik sangat dan gebu! Suka betul tengok. Tak bosan dah nak dicicah dengan roti jala atau roti kosong keping biasa. Anak-anak tengok hasilnya mesti suka dan berebut nak makan.

Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Roti Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji telur

1/2 sudu kecil garam

55 gm gula

120 gm air susu

250 gm tepung roti

1 sudu kecil yis

35 gm marjerin

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kedalam bread maker kecuali marjerin.
  2. Uli sampai jadi doh kasar masukkan marjerin. Sambung uli sampai doh licin dan elastik.
  3. Timbang doh seberat 30 gm x 16 (loyang 9). Kemudian, bulatkan kemas dan susun ke dalam loyang.
  4. Biarkan kembang dan bakar pada suhu 160 selama 20-25 minit.
  5. Keluarkan dan sapu marjerin atas roti tadi. Sejukkan dan sedia untuk di makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x